Wednesday, December 7, 2011

Khadijah cinta abadi kekasih Nabi.


Khadijah bukan sekadar isteri seorang nabi,Dia adalah sahabat pilihan ALLAH. insan pertama yang beriman,berkorban dan berjuang di sisi utusan ALLAH pada setiap masa dan ketika. setiap detik waktu, segala harta dan seluruh jiwanya adalah didedikasikan buat ALLAH dan Rasul...


Dia serikandi yang sentiasa bersama dalam perjuangan menegakkan syiar islam. Dia teman tempat mengadu segala suka dan duka. kekasih yang menenangkan  jiwa dan bidadari yang melengkapi hidup seorang suami. Khadijah adalah lambang cinta yang suci, tulus, mekar mewangi sepanjang zaman...


" ALLAH tidak memberikan pengganti untukku yang lebih baik daripada Khadijah. Dia percaya kepadaku tatkala orang lain mengingkariku, Dia membenarkan aku dikala orang lain mendustakanku, Dia menyerahkan hartanya kepadaku tatkala orng lain menghalang aku, ALLAH mengurniakan keturunan melalui rahimnya tatkala aku tidak dapat daripada permpuan-perempuan lain 
( Isteri-isteriku )"

- Nabi Muhammad, Utusan ALLAH yang terakhir -




Sumber : Khadijah cinta abadi kekasih nabi,Oleh Dr. muhammad Abdul Yamani..

1 comment:

shazwan: said...

selawat ke atas Nabi Muhammad dan kesejahteraan ke atas kaum keluarga baginda dan keturunan baginda.